Monday, August 6, 2018

BAB 5 TEORI PENGELUARAN DAN KOS

Bil
Topik /sub topik
Penerangan
5.1
Teori Pengeluaran
Pengeluaran
-       Satu proses menukarkan input atau faktor pengeluaran kepada output/ keluaran.
-       Melibatkan komponen penting iaitu unit pengeluaran, input, output dan jangka masa
1.    Loji
-       Unit pengeluaran yg merangkumi segala peralatan fizikal yg digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
-       Cth: bangunan, mesin
2.    Firma
-       Unit ekonomi yg menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
-       Cth: Proton, KFC
3.    Industri
-       Sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama di pasaran
-       Industr kereta, industr makanan segera
4.    Jangka masa
-       Merujuk kpd tempoh yg diperlukan oleh firma untuk menukar input kpd output
-       Dibahagikan kpd dua
1.    Jangka masa pendek
-       Wujud input tetap dan input berubah
-       Firma menanggung kos tetap dan kos berubah
2.    Jangka masa panjang
-       Semua input adalah input berubah
-       Firma hanya menanggung kos berubah shj
5.    Input pengeluaran
1.    Input tetap
-       Input tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran
-       Cth: kilang
2.    Input berubah
-       Input boleh ditambah mengikut tingkat keluaran
-       Cth: buruh
Fungsi pengeluaran satu input berubah
Fungsi yg menunjukkan hubungan antara input dengan output
Q = f (T,B)
Andaian:
1.    Hanya wujud 1 input tetap dan 1 input berubah
2.    Buruh adalah homogen
3.    Tingkat teknologi adalah tetap
Jumlah keluaran (TP)
-       Jumlah keluaran yang dapat dihasilkan dengan menggunakan faktor pengeluaran pada suatu tingkat keluaran tertentu.
Keluaran purata (AP)
-       Keluaran bagi setiap unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran
-       AP = TP/L
Keluaran sut (MP)
-       Perubahan jumlah keluaran apabila berlaku perubahan penggunaan satu input berubah ke atas input tetap
-       MP = ∆TP/ ∆L
Hukum pulangan berkurangan
-       Menerangkan apabila sejumlah input berubah ditambah secara berterusan ke atas input tetap sementara teknologi adalah tetap, pada peringkat awal tambahan jum keluaran meningkat selepas satu tingkat keluaran tertentu tambahan jum keluaran semakin berkurang dan akhirnya menjadi negatif.
-       Dibahagikan kpd pulangan sut bertambah, pulangan sut berkurang dan pulangan sut negatif.
Hukum Pulangan berkurangan



 



Tahap Pengeluaran


Hubungan antara AP dan MP

5.2
Teori kos
Kos pengeluaran ialah jumlah perbelanjaan yg dibayar oleh firma untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran.
5.2.1
Konsep kos
Kos pengeluaran dikategorikan kpd
1.    Kos eksplisit
-       Perbelanjaan/ kos sebenar yang dibayar oleh firma kepada pemilik faktor pengeluaran
-       Cth: upah pekerja, perbelanjaan keatas bahan mentah.
2.    Kos implisit
-       kos ke atas faktor-faktor pengeluaran milik firma itu sendiri yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
-       cth: gaji yang diterima sekiranya bekerja dengan orang lain.

5.2.2
Kos pengeluaran jangka pendek
Dalam jangka pendek wujud input tetap (kos tetap) dan input berubah (kos berubah)
1.    Kos tetap (FC)
-       Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap
-       Cth: sewa kilang
-       FC = TC - VC
2.    Kos berubah (VC)
-       Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah
-       Cth: upah buruh
-       VC = TC - FC
3.    Jumlah kos (TC)
-       Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah dan input tetap
-       TC = FC + VC
4.    Kos tetap purata (AFC)
-       Kos tetap seunit bagi sesuatu keluaran
-       AFC = FC / Q
5.    Kos berubah purata (AVC)
-    Kos berubah seunit bagi sesuatu keluaran
-    AVC = VC / Q
6.    Kos purata (AC)
-    Kos seunit bagi sesuatu keluaran
-    AC = TC / Q
7.    Kos sut (MC)
-    perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan satu unit keluaran
-    MC = ∆TC / ∆Q
Rajah TC, FC dan VC


Rajah AC, MC dan AVC



 


Hubungan antara AC dan MC
1.    AC sedang menurun, dimana AC > MC
2.    AC mencapai minimum, dimana AC = MC
3.    AC sedang meningkat, dimana AC < MC
Hubungan antara AVC dan MC
1.    AVC sedang menurun, dimana AVC > MC
2.    AVC mencapai minimum, dimana AVC = MC
3.    AVC sedang meningkat, dimana AVC < MC

5.2.3
Kos pengeluaran jangka panjang
Dalam jangka panjang semua input adalah input berubah (kos berubah). Oleh itu, Firma boleh mengubahkan skil pengeluarannya, menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
Satu prinsip yang penting bagi firma ialah, cuba mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap tingkat keluaran

Kos purata jangka pendek (SAC) dan kos purata jangka panjang (LAC)


-       Diandaikan firma memiliki tiga loji iaitu SAC, SAC1 dan SAC2
-       Pada output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada kos purata iaitu aQ pada titik a.
-       Pada output Q1, firma boleh memilih loji sama ada SAC atau SAC1. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.
-       Pada output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1 pada kos purata iaitu dQ2 pada titik d.
-       Pada output Q3, firma boleh memilih loji sama ada SAC1 atau SAC2 kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg menyebabkan kos purata akan meningkat.
-       Pada output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2 pada kos purata iaitu fQ4 pada titik f.

Penerbitan keluk kos purata jangka panjang (LAC)



 



Oleh itu apabila titik a, d dan f disambung maka terbitlah keluk LAC yang berbentuk ‘U’.

5.3
Ekonomi Bidangan
Ekonomi Bidangan
-       Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang
Tak Ekonomi Bidangan
-       Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang
Ekonomi Bidangan Dalaman
Ekonomi Bidangan Dalaman
-       Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
-       Faktor
1.    Ekonomi pengkhususan
2.    Ekonomi pengurusan
3.    Ekonomi kewangan
4.    Ekonomi pemasaran
5.    Ekonomi teknikal
Tak Ekonomi Bidangan Dalaman
Ekonomi Bidangan Dalaman
-       Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkataan kos purata (LAC) apabila firma itu sendiri berkembang
-       Faktor
1.    Tak Ekonomi pengkhususan
2.    Tak Ekonomi pengurusan
3.    Tak Ekonomi kewangan
4.    Tak Ekonomi pemasaran
5.    Tak Ekonomi teknikal


1.    Ekonomi bidangan dalaman
-       Ekonomi bidangan dalaman ditunjukkan oleh keluk LAC yang mencerun ke bawah dari A ke B.
-       Disebabkan firma menikmati Ekonomi pengkhususan menyebabkan kos purata turun dari AQ1 kpd BQ
2.    Tak Ekonomi bidangan dalaman
-       Tak Ekonomi bidangan dalaman ditunjukkan oleh keluk LAC yang mencerun ke atas dari B ke C.
-       Disebabkan firma menghadapi Tak Ekonomi pengkhususan menyebabkan kos purata meningkat dari BQ kpd CQ2.

Ekonomi bidangan Luaran
Ekonomi Bidangan Luaran
-       Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (AC) apabila industri berkembang
-       Faktor
1.    Ekonomi penempatan
2.    Ekonomi integrasi
3.    Ekonomi teknologi maklumat
4.    Ekonomi infrastruktur
Tak Ekonomi bidangan Luaran
Tak Ekonomi Bidangan Luaran
-       Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila industri berkembang
-       Faktor
1.    Kekurangan faktor pengeluaran
2.    Kesesakan
3.    Kenaikkan upah buruh
4.    Pencemaran



 


1.    Ekonomi bidangan luaran
-       Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke bawah dari LAC1 kepada LAC
-       Disebabkan firma menikmati Ekonomi teknologi maklumat menyebabkan kos purata turun dari BQ kpd AQ.
2.    Tak Ekonomi bidangan luaran
-       Tak Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke atas dari LAC kepada LAC1
-       Disebabkan firma menghadapi kenaikkan upah buruh menyebabkan kos purata meningkat dari AQ kpd BQ.