Thursday, June 28, 2018

Bab 1 : Pengenalan Ekonomi


Bil
Topik /sub topik
Penerangan
1.1
Bidang kajian Ekonomi
1.1.1
Takrif dan konsep asas ekonomi
Takrif Ekonomi
   -   Satu bidang kajian sains sosial bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Bidang kajian ekonomi
1.       Mikroekonomi
-          Pengajian ekonomi yg menganalisis unit-unit ekonomi scr individu drp keseluruhan kegiatan ekonomi
-          Cth: Kesan perubahan harga ke atas permintaan kereta.
2.       Makroekonomi
-          Pengajian ekonomi secara menyeluruh (agregat) yg melibatkan pembolehubah ekonomi seperti pendapatan Negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran
-          Cth: kesan inflasi dan pengangguran terhadap Keluaran Negara.
1.1.2
Unit-unit ekonomi
1.       Isi rumah
-          merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan ekonomi.
-          Matlamat memaksimumkan kepuasan
2.       Firma
-          Merujuk kepada unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
-          Matlamat meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
3.       Kerajaan
-          Merujuk kpd badan yang mengurus dan mengawal kegiatan ekonomi sesebuah negara
-          Matlamat memaksimumkan kebajikan
4.       Sektor luar
-          Merujuk kepada negara asing yang melakukan kegiatan import dan eksport
-          Matlamat memaksimumkan keuntungan
Faktor2 pengeluaran /sumber ekonomi
1.       Tanah
-          Anugerah alam semulajadi terdiri drp sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi seperti tanah, hasil galian digunakan dlm proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
-          Ganjaran bg tanah ialah sewa
2.       Buruh
-          Faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mentah dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
-          Ganjaran bg buruh ialah upah / gaji
3.       Modal
-          Faktor pengeluaran seperti alat atau mesin yg dihasilkan oleh manusia dan digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
-          Ganjaran bagi modal ialah faedah / bunga
4.       Usahawan
-          Faktor pengeluaran yang sanggup menangung risiko mengabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
-          Ganjaran bg usahawan ialah untung
1.1.3
Masalah ekonomi
1.       Kekurangan
-          Berlaku disebabkan oleh sumber ekonomi yang terhad manakala kehendak tidak terhad.
-          Kekurangan menyebabkan pertambahan pengeluaran sesuatu barang mengakibatkan pengeluaran barang lain akan dikurangkan.
2.       Pilihan
-          Pilihan berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan
-          Masyarakat membuat pilihan berdasarkan matlamat masing-masing.
 i)    Isi rumah memaksimumkan kepuasan,
ii)    Firma memaksimumkan keuntungan
iii)   Kerajaan memaksimumkan kebajikan.
3.       Kos lepas
-          Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik kerana memilih pilihan pertama terbaik
-          Berlaku disebabkan oleh masalah pilihan
Masalah asas ekonomi
1.       Apa yang dikeluarkan
-          Merujuk kpd jenis barang yg ingin dikeluarkan
-          Bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat (permintaan)
2.       Berapa dikeluarkan
-          Merujuk kpd kuantiti barang yang ingin dikeluarkan
-          Pengeluar tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya permintaan masyarakat krn bergantung kepada faktor pengeluaran yg dimiliki.(penawaran)
3.       Bagaimana dikeluarkan
-          Merujuk kepada kaedah pengeluaran yang cekap digunakan sama ada intensif buruh atau intensif modal
-          Pemilihan bergantung kpd matlamat pengeluar iaitu meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
4.       Untuk siapa dikeluarkan
-          Merujuk kepada masyarakat yg akan memiliki barang tersebut sama ada golongan berpendapatan tinggi atau rendah.
-          Bergantung kepada agihan pendapatan, golongan yg berpendapatan tinggi akan memiliki lebih byk barang berbanding golongan berpendapatan rendah.
1.1.4
Pengkelasan barang
1.       Barang percuma dan barang ekonomi
i)     Barang percuma
-          Barangan yg ditawarkan oleh alam semulajadi secara percuma
-          Penawaran tidak terhad
-          Tidak melibatkan kos pengeluaran
-          Kos lepas sifar
-          Cth : cahaya matahari, air laut
ii)   Barang ekonomi
-          Barangan yg ditawarkan oleh firma
-          Penawaran terhad
-          Melibatkan kos pengeluaran
-          Wujud kos lepas
-          Cth : kereta, rumah. Jentera (semua brg yg ada dlm pasaran)
-           
2.       Barang modal, barang perantaraan dan barang pengguna
i)     Barang modal/ pengeluar
-          Barang ciptaan manusia yg digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
-          Cth: jentera, mesin, teksi
ii)   Barang perantaraan/ separuh siap
-          Barang separuh siap yang digunakan untuk menghasilkan barang akhir
-          Cth: bahan mentah, kelapa sawit, besi
iii) Barang pengguna/ akhir
-          Barang yg siap diperoses dan boleh digunakan terus oleh pengguna akhir
-          Cth baju, buku, makanan
3.       Barang awam dan barang persendirian
i)     Barang awam
-          Barang yg tidak mempunyai sifat pengecualian, semua orang boleh menggunakannya sama ada membayar atau tidak.
-          Disediakan oleh kerajaan
-          Cth hospital kerajaan, jalan raya persekutuan
ii)   Barang persendirian
-          Dikenali juga sbg barang swasta atau milik individu
-          Pemilik sahaja boleh menggunakannya, individu lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemilik
-          Cth: kereta persendirian
1.2
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
a)      Takrif KKP
-          Menunjukkan had maksimum pelbagai kombinasi dua barang yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber ekonomi yang cekap pada tingkat teknologi tertentu.
b)      Andaian KKP
1.       Ekonomi hanya mengeluarkan dua barang sahaja
2.       Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah
3.       Faktor pengeluaran adalah tetap
4.       Faktor pengeluaran digunakan dengan cekap
c)       Melakar dan mentafsir KKP berbentuk garis lurus dan cembung









Rajah B
Rajah B
Rajah A
Rajah A
1.  Bentuk
Garis lurus
Cembung
2.  Kos lepas
Malar
Meningkat
3.  Kombinasi paling cekap
D, E, F (semua kombinasi yg berada di KKP)
J, K, L
4.  Kombinasi tidak cekap
G (semua kombinasi yg berada di dalam KKP)
M
5.  Kombinasi tidak dapat dicapai
H (semua kombinasi yg berada di luar KKP)
N
d)      KKP dan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas




i.       Kekurangan
-          Berlaku di sebabkan oleh sumber ekonomi yg terhad manakala kehendak tidak terhad.
-          Berlaku disepanjang KKP yg mencerun ke bawah dr kiri ke kanan.
-          Kombinasi pengeluaran J,K,L adalah merupakan pengeluaran yg cekap.
-          Jika firma ingin menambahkan pengeluaran sesuatu barang maka pengeluaran barang lain terpaksa dikurangkan.
ii.       Pilihan
-          Berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan
-          Firma akan memilih kombinasi pengeluaran yang cekap di sepanjang KKP sama ada kombinasi J, K atau L.
-     Jika memilih kombinasi K maka firma dpt mengeluarkan 1 unit brg X dan 3 unit brg Y.
iii.     Kos lepas
- berlaku disebabkan oleh masalah pilihan
-          Kos lepas merujuk kpd pilihan kedua terbaik krn memilih pilihan pertama terbaik.
-          Cth: firma memilih kombinasi dari J ke K. Firma dapat menambahkan pengeluaran brg Y sbyk 3 unit tetapi perlu melepaskan pengeluaran barang X sbyk 1 unit.

e)      Kesan perubahan faktor pengeluaran dan teknologi ke atas KKP
Faktor pengeluaran/ teknologi brg X dan brg Y meningkat

-      KKP beralih ke kanan dr AB ke DF
-      Pengeluaran brg X dan Y meningkat.
-   berlaku pertumbuhan ekonomi

Faktor pengeluaran/ teknologi brg X dan Y merosot

-     KKP beralih ke kiri dr DF ke AB
-     Pengeluaran brg X dan Y menurun
-  berlaku kemerosotan ekonomi
Faktor pengeluaran/ teknologi brg X shj meningkat

 -     KKP beralih ke kanan dr AB ke DB
-     Pengeluaran brg X shj meningkat
Faktor pengeluaran/ teknologi brg brg Y merosot



 -     KKP beralih ke kiri dr DF ke DB
-     Pengeluaran brg Y shj menurun
1.3
Sistem Ekonomi
Merujuk kpd bagaimana sesebuah ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi.
1.3.1
Sistem ekonomi konvensional.
1.       SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS (KAPITALIS)
Ciri- ciri
Penerangan
1.       Objektif pengeluaran
Memaksimumkan keuntungan
2.       Pemilikan sumber
Isi rumah dan firma bebas memiliki sumber ekonomi
3.       Pilihan
Isi rumah dan firma bebas memilih barang yg digunakan atau dikeluarkan utk memenuhi keperluan dan kehendak
4.       Persaingan
Bebas bersaing untuk memaksimumkan keuntungan
5.       Agihan pendapatan
Tidak seimbang antara pemilikan faktor pengeluaran
6.       Kaedah membuat keputusan
Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
Penerangan
1.       Apa dan berapa dikeluarkan
-     Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
2.       Bagaimana dikeluarkan
-     Bergantung kpd kaedah pengeluaran yg paling cekap yg dpt meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
-     Intensif buruh atau intensif modal
3.       Untuk siapa dikeluarkan
-     Bergantung kpd corak agihan pendapatan.
-     Golongan kaya memiliki lebih byk brg berbanding golongan miskin
2.       SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT (SOSIALIS)
Ciri- ciri
Penerangan
1.       Objektif pengeluaran
Memaksimumkan kebajikan
2.       Pemilikan sumber
Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
3.       Pilihan
Isi rumah dan firma tidak bebas memilih barang yg digunakan atau dikeluarkan utk memenuhi keperluan dan kehendak
4.       Persaingan
Tidak wujud persaingan
5.       Agihan pendapatan
seimbang
6.       Kaedah membuat keputusan
Tiada kebebasan membuat keputusan ekonomi. Ditentukan oleh badan perancang ekonomi.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
Penerangan
1.       Apa dan berapa dikeluarkan
-     Masalah apa dan berapa dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancang ekonomi.
2.       Bagaimana dikeluarkan
-     Ditentukan oleh kerajaan berdasarkan matlamat ekonomi
-     Jika matlamat untuk mengatasi pengangguran maka kerajaan akan menggunakan intensif buruh.
3.       Untuk siapa dikeluarkan
-     Ditentukan oleh kerajaan
-     Kerajaan mengagihkan brg mengikut keperluan isi rumah dgn menggunakan sistem kupon dan catuan.
3.       SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Ciri- ciri
Penerangan
1.       Objektif pengeluaran
-     Pihak swasta memaksimumkan keuntungan
-     Kerajaan memaksimumkan kebajikan.
2.       Pemilikan sumber
-     Pihak swasta bebas memiliki sumber ekonomi
-     Kerajaan jg memiliki sumber ekonomi utk mengeluarkn brg awam
3.       Pilihan
-     Swasta bebas memilih barang yg dikeluarkan.
-     Kerajaan memantau kegiatan pengeluaran bg memastikan brg  yg dikeluarkan selamat dan tidak menyalahi undang2.
4.       Persaingan
-     Bebas bersaing tetapi dikawal oleh kerajaan melalui penguatkuasaan undang2.
5.       Agihan pendapatan
-     Seimbang
-     Kerajaan mengenakan cukai dan memberi subsidi
6.       Kaedah membuat keputusan
-     Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga.
-     Kerajaan mengeluarkan barang awam
Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
Penerangan
1.       Apa dan berapa dikeluarkan
-     Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
-     Kerajaan mengeluarkan barang awam yg tidak dikeluarkan oleh pihak swasta
2.       Bagaimana dikeluarkan
-     Bergantung kpd kaedah pengeluaran yg paling cekap yg dpt meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
-     Intensif buruh atau intensif modal
3.       Untuk siapa dikeluarkan
-     Bergantung kpd corak agihan pendapatan.
-     Golongan kaya memiliki lebih byk brg mewah krn memiliki kuasa beli yg tinggi.
-     Golongan miskin menikmati brg awam.
1.3.2
Campur tangan kerajaan dalam ekonomi
Tujuan campur tangan
1.       Menyediakan barang awam
-          Seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerajaan
-          Meningkatkan kebajikan rakyat
2.       Membaiki agihan pendapatan
-          antara golongan miskin dan kaya
-          Mengenakan cukai pendapatan dan memberi bantuan subsidi
3.       Mengawal/ mengatasi kesan eksternaliti negetif
-          Seperti pencemaran udara dan sungai menyebabkan kos sosial meningkat.
-          Melalui pengkuatkuasaan undang-undang dan peraturan seperi denda dan saman
4.       Mengawal kuasa monopoli
-          Mengelakkan sumber ekonomi dikuasai oleh firma tertentu shj
-          Mewujudkan persaingan yg sihat
5.       Menstabilkan harga
-          Tidak menentu di pasaran kesan drp perubahan permintaan dan penawaran.
-          bagi mengatasi masalah inflasi dan pengangguran
1.3.3
SISTEM EKONOMI ISLAM
1.       Prinsip sistem ekonomi Islam berasaskan tauhid
i.           Hubungan manusia dengan pencipta
ii.         Hubungan manusia dengan manusia
iii.       Hubungan manusia dengan alam sekitar
iv.        Tanggungjawab manusia sebagai pemegang amanah terhadap sumber ekonomi
2.       Objektif sistem ekonomi Islam
i.           Mendapat keredhaan Allah SWT
ii.         Keadilan
iii.       Kecekapan
iv.       Kesejahteraan dan kebajikan
3.       Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
Ciri- ciri
Penerangan
1.       Objektif pengeluaran
-     Mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dan bukan memaksimumkan keuntungan semata-mata.
2.       Pemilikan sumber
-     bebas memiliki sumber ekonomi tetapi manusia hanya pemegang amanah saja.
3.       Pilihan
-     Bebas membuat pilihan tetapi barang yg digunakan atau dikeluarkan mestilah halal dr segi hukum islam
4.       Persaingan
-     Bebas bersaing tetapi tidak boleh menindas org lain
5.       Agihan pendapatan
-     Seimbang.
-     Melaksanakan sistem zakat
6.       Kaedah membuat keputusan
-     Bebas membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga.
-     Tidak ada amalan riba
4.       Penyelesaian masalah asas ekonomi
Masalah asas ekonomi
Penerangan
1.       Apa dan berapa dikeluarkan
-     Masalah apa dan berapa dikeluarkan diselasaikan menggunakan mekanisme harga.
-     Sumber yg digunakan mestilah halal dan tidak memudaratkan.
2.       Bagaimana dikeluarkan
-     Bergantung kpd kaedah pengeluaran yg paling cekap
-     Intensif buruh atau intensif modal
3.       Untuk siapa dikeluarkan
-     Bergantung kpd corak agihan pendapatan.
-     Melaksanakan sistem zakat bg membolehkan golongan miskin turut menikmati brg yg dikeluarkan

No comments:

Post a Comment