Thursday, June 28, 2018

Bab 2 : Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran


Bil
Topik /sub topik
Penerangan
2.1
PERMINTAAN (DD)
Takrif Permintaan
-          Kuantiti barang dan perkhidmatan yg sanggup dan mampu dibeli oleh pengguna pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Hukum Permintaan
-          Menyatakan harga (P) dengan kuantiti diminta (Qd) adalah berhubungan songsang
-          apabila harga sesuatu brg naik, maka kuantiti yg diminta akan turun (P↑, Qd↓)
-          Sebaliknya apabila harga sesuatu brg turun, maka kuantiti yg diminta akan naik (P↓,Qd↑)
-          dengan andaian Ceteries peribus

Jadual dan Keluk Permintaan
      Keluk Permintaan
-          keluk yg menunjukkan kuantiti barang yg diminta oleh seseorang pengguna pd suatu tingkat harga tertentu.
Cth: Jadual dibawah menunjukkan kuantiti diminta terhadap barang X pada pelbagai tingkat harga.
Harga (RM)
Kuantiti diminta (Qd)
(Unit)
Titik
1
15
c
2
10
b
3
5
a
-          Pada harga RM1.00, kuantiti diminta ialah 15 unit pd titik c
-          Apabila harga naik kpd RM2.00, kuantiti diminta turun kepada 10 unit iaitu pd titik b
-          Apabila harga  naik kpd RM3.00, kuantiti diminta turun kepada 5 unit iaitu pd titik c

-          Oleh itu apabila titik a, b dan c disambung maka terbitlah keluk permintaan yang mencerun ke bawah dr kiri ke kanan


Permintaan individu
-          Jumlah permintaan seorang pengguna di pasaran pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Permintaan pasaran
-          Jumlah permintaan semua pengguna di pasaran pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Harga (RM)
Kuantiti diminta (unit)
Ali
Abu
Pasaran
1
6
3
9
2
4
2
6
3
2
1
3

Fungsi Permintaan
-          Persamaan yang menunjukkan hubungan antara kuantiti barang diminta pada pelbagai tingkat harga.
-         Qdx = a – bPx
Qdx = kuantiti diminta brg X
     a = pintasan pd paksi kuantiti
     b = kecerunan
   Px = harga barang X

2.1.2
Penentu permintaan
Penentu-penentu permintaan:
1.     Harga barang itu sendiri
2.     Harga barang lain (barang pengganti dan penggenap)
3.     Pendapatan
4.     Citarasa
5.     Jangkaan masa depan
6.     Musim
7.     Bilangan penduduk
2.1.3
Perubahan kuantiti diminta (∆Qd) dan perubahan permintaan (∆DD)
Perubahan Kuantiti Diminta ( ∆Qd)
-          merujuk kpd pergerakan di sepanjang keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri.

-          Apabila harga naik dr P ke P2, menyebabkan kuantiti diminta turun dr Q kpd Q2
-          Pergerakan pada keluk DD dr titik b ke a dikenali sebagai penguncupan permintaan
-          Sebaliknya, apabila harga turun dr P ke P1 menyebabkan kuantiti diminta naik dr Q ke Q1
-          pergerakan pada keluk DD dr titik b ke c dikenali sbg pengembangan permintaan

Perubahan Permintaan ( ∆DD)
-          merujuk kpd peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan faktor selain drp harga barang itu sendiri misalnya perubahan pendapatan.

-          Peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti diminta meningkat dari Q kpd Q1.
-          Oleh itu keluk permintaan beralih ke kanan dr DD ke D1D1. Ia dikenali sbg pertambahan permintaan
-          Sebaliknya, Pengurangan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti diminta turun dari Q1 kpd Q.
-          Oleh itu keluk permintaan beralih ke kiri dr D1D1 ke DD. Ia dikenali sbg pengurangan permintaan
2.2
PERNAWARAN (SS)

Takrif Penawaran
-          Kuantiti barang dan perkhidmatan yg sanggup dan mampu dijual oleh penjual pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Hukum Penawaran
-          Menyatakan harga (P) dengan kuantiti ditawarkan (Qs) adalah berhubungan langsung
-          apabila harga sesuatu brg naik, maka kuantiti yg ditawarkan akan naik (P↑, Qd↑)
-          Sebaliknya apabila harga sesuatu brg turun, maka kuantiti yg ditawarkan akan turun (P↓,Qd↓)
-          dengan andaian Ceteries peribus

Jadual dan Keluk Penawaran
      Keluk Penawaran
-          keluk yg menunjukkan kuantiti barang yg ditawarkan oleh seseorang penjual pd suatu tingkat harga tertentu.
Cth: Jadual dibawah menunjukkan kuantiti ditawarkan terhadap barang X pada pelbagai tingkat harga.
Harga (RM)
Kuantiti ditawarkan (Qs)
(Unit)
Titik
1
5
d
2
10
e
3
15
f
-          Pada harga RM1.00, kuantiti ditawarkan ialah 5 unit pd titik d
-          Apabila harga naik kpd RM2.00, kuantiti ditawarkan naik kepada 10 unit iaitu pd titik e
-          Apabila harga  naik kpd RM3.00, kuantiti ditawarkan naik kepada 15 unit iaitu pd titik f

-          Oleh itu apabila titik d, e dan f disambung maka terbitlah keluk penawaran yang mencerun ke atas dr kiri ke kanan

Fungsi Penawaran
-          Persamaan yang menunjukkan hubungan antara kuantiti barang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga.
-         Qsx = a + bPx
Qdx = kuantiti ditawarkan brg X
     a = pintasan pd paksi kuantiti
     b = kecerunan
   Px = harga barang X
Penawaran firma
-          Jumlah penawaran seorang pengeluar di pasaran pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Penawaran pasaran
-          Jumlah penawaran semua pengeluar di pasaran pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
Harga (RM)
Kuantiti ditawarkan (unit)
Firma A
Firma B
Pasaran
1
2
3
5
2
4
6
10
3
6
9
15
2.2.1
Penentu penawaran
Penentu- penentu penawaran
1.       harga barang itu sendiri
2.       harga barang lain (keluaran bersama dan keluaran bersaing)
3.       kos pengeluaran
4.       teknologi
5.       dasar kerajaan
6.       bilangan firma
7.       musim
2.2.2
Perubahan kuantiti ditawarkan (∆Qs) dan perubahan penawaran (∆SS)
Perubahan kuantiti ditawarkan (∆Qs)
-          merujuk kpd pergerakan di sepanjang keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri.

-          Apabila harga naik dr P ke P2, menyebabkan kuantiti ditawarkan naik dr Q kpd Q1
-          Pergerakan pada keluk SS dr titik e ke f dikenali sebagai pengembangan penawaran
-          Sebaliknya, apabila harga turun dr P ke P1 menyebabkan kuantiti ditawarkan turun dr Q ke Q2
-          pergerakan pada keluk SS dr titik e ke d dikenali sbg penguncupan penawaran

Perubahan penawaran (∆SS)
-          merujuk kpd peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan yang disebabkan faktor selain drp harga barang itu sendiri misalnya perubahan teknologi.
-          Peningkatan teknologi pengeluaran menyebabkan kuantiti ditawarkan meningkat dari Q kpd Q1.
-          Oleh itu keluk penawaran beralih ke kanan dr SS ke S1S1. Ia dikenali sbg pertambahan penawaran
-          Sebaliknya, Kemorosotan teknologi pengeluaran menyebabkan kuantiti ditawarkan turun dari Q1 kpd Q.
-          Oleh itu keluk penawaran beralih ke kiri dr S1S1 ke SS. Ia dikenali sbg pengurangan penawaran.

2.3
KESEIMBANGAN PASARAN
Keseimbangan Pasaran
-          Suatu keadaan dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan    (Qd = Qs) pada suatu tingkat harga tertentu
Lebihan Permintaan
-          Suatu keadaan dimana kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan (Qd>Qs) pada suatu tingkat harga tertentu
Lebihan Penawaran
-          Suatu keadaan dimana kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta         (Qs>Qd) pada suatu tingkat harga tertentu
2.3.1
Proses keseimbangan pasaran
Proses penentuan Keseimbangan Pasaran


-          Keseimbangan pasaran tercapai pd titik E apabila keluk DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.
-          Pada P2, kuantiti ditawarkan ialah Q2 manakala kuantiti diminta ialah Q1. Oleh itu berlaku lebihan penawaran sebesar Q1Q2.
-          Lebihan penawaran menyebabkan harga cenderung untuk turun. Penurunan harga menyebabkan Qd meningkat manakala  Qs berkurang.
-          Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.
-          Pada P1, kuantiti diminta ialah Q2 manakala kuantiti ditawarkan ialah Q1. Oleh itu berlaku lebihan permintaan sebesar Q1Q2.
-          Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik. Kenaikan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs meningkat.
-          Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E.

2.3.2
Perubahan keseimbangan pasaran
1.       PERUBAHAN PERMINTAAN
Cth: pertambahan permintaan

-          Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.
-          Pertambahan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari DD ke D1D1.
-          Pada P, kuantiti ditawarkan ialah Q2 manakala kuantiti diminta ialah Q1. Oleh itu berlaku lebihan permintaan sebesar Q1Q2.
-          Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik. Kenaikan harga menyebabkan permintaan berkurang manakala penawaran bertambah.
-          Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan pd titik E1.
-          Oleh itu, keseimbangan baharu tercapai pd titik E1 apabila keluk D1D1=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1
-          Kesan, harga dan kuantiti pasaran naik dr P ke P1 dan Q kpd Q1.


2.       PERUBAHAN PENAWARAN
Cth: Pengurangan penawaran
-          Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.
-          Pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari SS ke S1S1.
-          Pada P, kuantiti diminta ialah Q manakala kuantiti ditawarkan ialah Q2. Oleh itu berlaku lebihan permintaan sebesar Q2Q.
-          Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik. Kenaikan harga menyebabkan permintaan berkurang manakala penawaran bertambah.
-          Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd titik E1.
-          Oleh itu, keseimbangan baharu tercapai pd titik E1 apabila keluk S1S1=DD pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1
-          Kesan, harga pasaran naik dr P kpd P1 manakala kuantiti pasaran turun dari Q kpd Q1.


3.       PERUBAHAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN
Cth: pengurangan permintaan melebihi pertambahan penawaran


-          Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan Q.
-          Pengurangan permintaan melebihi pertambahan penawaran menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari DD ke D1D1 melebihi peralihan keluk penawaran ke kanan dari SS ke S1S1.
-          Pada P, kuantiti diminta ialah Q2 manakala kuantiti ditawarkan ialah Q3. Oleh itu berlaku lebihan penawaran sebesar Q2Q3.
-          Lebihan penawaran menyebabkan harga cenderung untuk turun. Penurunan harga menyebabkan permintaan bertambah manakala penawaran berkurang.
-          Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd titik E1.
-          Oleh itu, keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila keluk S1S1=D1D1 pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1 dan Q1
-          Kesan, harga dan kuantiti pasaran turun dr P ke P1 dan Q kpd Q1.
2.4
LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUARAN
Lebihan Pengguna
-          Faedah yg dinikmati oleh pengguna apabila harga yg sanggup dibayar melebihi harga pasaran sesuatu barang
                                                                      

Lebihan Pengeluar
-          Faedah yg dinikmati oleh pengeluar apabila harga pasaran sesuatu barang melebihi harga yg sanggup diterima oleh pengeluar

2.5
DASAR KERAJAAN
Dasar kawalan harga
1.       Dasar Harga minimum



-          Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih tinggi drp harga keseimbangan pasaran (P1 > P)
-          Menjaga kebajikan pengeluar
-          Harga naik dari P ke P1, kuantiti ditawarkan naik dr Q ke Q1
-          Lebihan pengeluar meningkat dr PES kpd P1bS
-          Lebihan pengguna berkurang dr PDE kpd P1Da
-          Berlaku lebihan SS sebesar ab, lebihan SS akan dibeli oleh kerajaan untuk dieksport keluar Negara.

2.       Dasar Harga Maksimum


-          Harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih rendah drp harga keseimbangan pasaran (P1 < P)
-          Menjaga kebajikan pengguna
-          Harga turun dr P ke P1, kuantiti diminta naik dari Q ke Q1
-          Lebihan pengguna meningkat dr PDE kpd P1Db
-          Lebihan pengeluar berkurang dr PES kpd P1aS
-          Berlaku lebihan DD sebesar ab, utk menampung lebihan DD kerajaan akan mengimport dr luar Negara.


3.       Cukai
-          Cukai jualan ialah cukai tak langsung iaitu beban cukai boleh dipindahkan kpd org lain.
-          Kos pengeluaran meningkat menyebabkan penawaran berkurang (Keluk SS beralih ke kiri dr SS ke S1S1)

Kesan cukai
1.       Harga barang naik dr P ke P1, kuantiti turun dr Q ke Q1
2.       Pengguna menanggung beban cukai sebesar PP1E1a manakala pengeluar sebesar P2Pab
3.       Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar berkurang
4.       Hasil cukai kerajaan meningkat

4.       Subsidi
-          Bantuan kewangan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran
-          Kos pengeluaran turun menyebabkan penawaran bertambah (Keluk SS beralih ke kanan dr SS ke S1S1)
Kesan subsidi
1.       Harga barang turun dr P ke P1, kuantiti bertambah dr Q ke Q1
2.       Pengguna menerima faedah subsidi sebesar P1PbE1 manakala pengeluar sebesar PP2ab
3.       Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar bertambah
4.       Perbelanjaan kerajaan meningkat

No comments:

Post a Comment