Sunday, October 21, 2018

Bab 5 : Inflasi dan Pengangguran


1.      INFLASI

Kenaikkan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas dalam ekonomi.
1.1 Indeks harga pengguna (IHP)

-      Satu angka atau indeks yang menunjukkan tingkat harga barang dan perkhidmatan secara purata bagi suatu tempoh masa tertentu.
-        IHP digunakan untuk mengukur kadar inflasi dan indeks nilai wang
IHP tahun asas

-        IHP yang dijadikan sebagai asas perbandingan kenaikan harga yang berlaku dari semasa ke semasa
-        IHP tahun asas ialah 100
IHP tahun semasa

-       Dihitung untuk mengetahui sama ada tingkat harga umum telah naik atau turun pada tahun semasa
-        Sekiranya IHP tahun semasa melebihi 100 ( tingkat harga umum telah meningkat)
-        Sekiranya IHP tahun semasa ialah 100 ( tingkat harga umum tidak berubah)
-        Sekiranya IHP tahun semasa kurang 100 ( tingkat harga umum telah jatuh)

1.2  Mengukur kadar inflasi
-      Kadar inflasi ialah peratus kenaikkan tingkat harga umum tahun semasa berbanding tahun sebelumnya
-           
    Kadar inflasi = IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum  x 100
                                          IHP tahun sebelum

1.3  Nilai wang
-          Kuasa beli iaitu keupayaan sejumlah wang tertentu untuk membeli barang dan perkhidmatan
-          Mengukur nilai wang
-          INW = IHP tahun asas       x 100
            IHP tahun semasa
-          Kadar perubahan nilai wang = INW thn sms – INW thn asas   x  100
                                                                     INW thn asas
1.4  Hubungan antara kadar inflasi dengan nilai wang
-          Berhubungan songsang.
-          Kadar inflasi meningkat maka nilai wang merosot. Begitu juga sebaliknya.

1.5  Jenis- jenis inflasi
1.      Inflasi tarikan permintaan

-       Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan wang (MS), pertambangan perbelanjaan agregat (AE) dan penurunan cukai (T)
-       Cth : pertambahan AE



Keseimbangan keluaran negara asal tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan KN iaitu P dan Y.
Pertambahan AE menyebabkan AE meningkat. Maka keluk AD beralih ke kanan dr AD kpd AD1.
Pada P, AD1 > AS sebesar YY2. Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk naik. Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila AS = AD1 pd tingkat harga umum dan KN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum dan KN naik dr P kpd P1 dan Y kpd Y1. Peningkatan harga umum dr P kpd P1 mengambarkan ekonomi menghadapi masalah inflasi tarikan permintaan.
2.      Inflasi tolakan kos

-      Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan upah buruh, kenaikan untung firma dan kenaikan kos faktor pengeluaran lain.
-        Cth: Kenaikan kos pengeluaran

Keseimbangan keluaran negara asal tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan KN iaitu P dan Y.
Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma mengurangkan keluaran. Maka keluk AS beralih ke kiri dr AS kpd AS1.
Pada P, AD > AS1 sebesar Y2Y. Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk naik. Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila AS1 = AD pd tingkat harga umum dan KN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum naik dr P kpd P1 manakala KN turun dr Y kpd Y1. Peningkatan harga umum dr P kpd P1 mengambarkan ekonomi menghadapi masalah inflasi tolakan kos.
3.      Inflasi diimport

Kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan harga barang import dan kenaikan nilai mata wang asing.
-     rajah inflasi diimport sama seperti inflasi tolakan kos

1.6  Kesan inflasi
A.     Kesan positif
1.  Mengalakkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi
2.  Kekayaan pemilik harta tetap bertambah
3.  Memperbaiki kadar syarat perdagangan
B.      Kesan negatif
1.  Menyebabkan kejatuhan nilai wang
2.  Kos hidup masyarakat meningkat
3.  Agihan pendapatan menjadi semakin tidak setara
4.  Tidak mengalakkan tabungan
5.  Tidak mengalakkan pelaburan
6.  Mengalakkan spekulasi
7.  Memburukkan kedudukan imbangan pembayaran

1.7  Langkah mengurangkan inflasi tolakan kos
1.  Kawalan upah
2.  Kawalan harga barang pengguna
3.  Kawalan harga bahan mentah
4.  Pengurangan cukai import (barang perantaraan dan barang akhir)
5.  Meningkatkan produktiviti
2.      PENGANGGURAN


a.      Tenaga buruh
-  Tenaga buruh ialah jumlah penduduk yg berumur antara 15 hingga 64 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk suri rumah, pelajar,pesara serta penganggur sukarela.
-          Tenaga buruh = guna tenaga + pengangguran
b.      Guna tenaga
-     Jumlah tenaga buruh yg digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.


-          Guna Tenaga = Tenaga buruh - pengangguran
c.       Pengangguran
-   Jumlah tenaga buruh yg tidak digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi utk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.
-          Pengangguran = Tenaga buruh – guna tenaga
-          Kadar pengangguran = Pengangguran  x 100
                                        Tenaga buruh

2.1  Jenis – jenis pengangguran
1.      Pengangguran Geseran
-         Berlaku disebabkan oleh individu yg tidak bekerja kerana mencari atau menunggu pekerjaan baru yang lebih baik atau pelajar belum mendapat pekerjaan kerana baru sahaja menamatkan pekerjaan.
2.      Pengangguran Kitaran
-          Berlaku disebabkan oleh kemelesetan ekonomi ( kejatuhan AD)
3.      Pengangguran Struktur
-          Berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi
-          Perubahan struktur ekonomi dr pertanian kepada perindustrian
4.      Pengangguran Teknologi
-          Berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi
-          Perubahan struktur ekonomi dr pertanian kepada perindustrian
5.      Pengangguran Bermusim
-          Berlaku disebabkan oleh perubahan musim
-          Cth nelayan tidak dapat ke laut kerana musim tengkujuh
  
6.      Pengangguran Tak Ketara
-    Berlaku disebabkan oleh penggunaan buruh melebihi penggunaan buruh yang sebenar dalam pengeluaran.


2.2  Kesan pengangguran
A.      Ekonomi
-          Menjejaskan pembangunan Negara (hasil cukai merosot)
-          Pertumbuhan ekonomi merosot (KN merosot, pembaziran sumber ekonomi)
B.      Sosial
-    Masyarakat kehilangan sumber pencarian (ketidakstabilan keluara, penceraian, anak2 terabai)
-        Meningkatkan kes jenayah (mencuri, merompak)
2.3  Langkah mengurangkan pengangguran
1.   Meningkatkan mobiliti buruh
2.   Meningkatkan latihan kemahiran dan latihan semula
3.   Menyebarkan maklumat pasaran buruh
4.   Melengahkan kemasukan tenaga kerja ke dalam pasaran buruh
5.   Membendung kegiatan kesatuan sekerja
6.   Mengalakkan industri insentif buruh
7.   Mewujudkan peluang pekerjaan
8.   Mengalakkan pelaburan asing
3.      HUBUNGAN INFLASI DENGAN PENGANGGURAN
3.1: Keluk Philips 

-          kadar inflasi dengan kadar pengangguran berhubungan songsang
-          Kadar inflasi meningkat maka kadar pengangguran turun. Begitu juga sebaiknya

Apabila kadar inflasi turun dari 4% kepada 3% menyebabkan kadar pengangguran meningkat dari 2% kpd 3%.
Sebaliknya kadar inflasi meningkat dari 3% kpd 4% menyebabkan kadar pengangguran turun dari 3% kpd 2%.

3.2: Stagflasi

-          Kadar inflasi dengan kadar pengangguran berhubungan langsung
-          Kadar inflasi meningkat maka kadar pengangguran jg meningkat

Keseimbangan keluaran negara asal tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan KN iaitu P dan Y.
Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma mengurangkan keluaran. Maka keluk AS beralih ke kiri dr AS kpd AS1.
Keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila AS1 = AD pd tingkat harga umum dan KN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum naik dr P kpd P1 manakala KN turun dr Y kpd Y1.

Peningkatan harga umum dr P kpd P1 mengambarkan ekonomi menghadapi masalah inflasi manakala penurunan KN dr Y ke Y1 mengambar ekonomi menghadapi masalah pengangguran.

No comments:

Post a Comment