Sunday, October 21, 2018

Bab 3 : Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara



1.
MAKSUD KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
·         Satu keadaan dimana jumlah PENAWARAN AGREGAT/ PENDAPATAN NEGARA sama dengan jumlah PERBELANJAAN AGREGAT (AS = AE )
·         Satu keadaan dimana jumlah SUNTIKAN sama dengan jumlah BOCORAN    (J = W )
2
PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI 2 SEKTOR
·         Komponen PERBELANJAAN AGREGAT (AE) ialah perbelanjaan penggunaan (C) dan pelaburan (I)
·         Maka AE = C + I
1.      C ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah ke atas barang akhir dan perkhidmatan.
2.      I ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma terhadap barang modal
Keseimbangan PN ekonomi 2 sektor (pendekatan AS-AE)
     AS = AE
       Y = AE
       Y = C + I
·         Komponen SUNTIKAN (J) ialah pelaburan (I)
·         Komponen BOCORAN (W) ialah tabungan (S)
1.      S ialah sebahagian drp pendapatan boleh guna yg tidak dibelanjakan atau disimpan diinstitusi kewangan.
Keseimbangan PN ekonomi 2 sektor (pendekatan J-W)
       J = W
       I = S
Kecenderungan mengguna sut (MPC)
Kecenderungan menabung sut (MPS)
·         MPC ialah mengukur perubahan perbelanjaan penggunaan kesan drp perubahan pendapatan negara.
        MPC = C
                     Y
·         MPS ialah mengukur perubahan tabungan kesan drp perubahan pendapatan negara.
             MPS = S
                 Y
 
MPC + MPS = 1
MPC = 1 – MPS
MPS = 1 – MPC
        
Kecenderungan mengguna purata (APC)
Kecenderungan menabung purata (APS)
·         APC ialah purata perbelanjaan penggunaan bg setiap tingkat pendapatan negara.
   APC =  C
               Y
·         APS ialah purata tabungan bg setiap tingkat pendapatan negara.
   APS =  S
               Y
APC + APS = 1
APC = 1 – APS
APS = 1 – APC
a.   Faktor yg mempengaruhi penggunaan dan tabungan (C & S)
1.      Pendapatan boleh guna isi rumah
2.      Kecenderungan mengguna sut (MPC) dan kecenderungan menabung sut (MPS)
3.      Agihan pendapatan
4.      Kadar bunga(r)
5.      Kemudahan sewa beli dan kredit
6.      Dasar kerajaan (cukai pendapatan)
1.      Pendapatan boleh guna isi rumah
·         Semakin tinggi Yd maka semakin tinggi keupayaan isi rumah untuk berbelanja dan menabung.
·         Yd ↑ maka C ↑ dan S↑
·         Yd ↓ maka C ↓ dan S↓
2.      Kecenderungan mengguna sut(MPC) dan kecenderungan menabung sut (MPS)
·         Semakin besar nilai MPC, semakin tinggi keupayaan isi rumah untuk berbelanja (MPC ↑ maka C ↑)
·         Begitulah  sebaliknya.
·         Semakin besar nilai MPS, semakin besar bahagian pendapatan yang akan ditabungkan. (MPS  ↑maka S ↑)
·         Begitulah  sebaliknya.
3.      Agihan pendapatan
·         Sekiranya agihan pendapatan tertumpu di golongan kaya, maka tambahan perbelanjaan yang wujud dalam ekonomi adalah kecil.(C↓)
·         Ini kerana keperluan ke atas barang dan perkhidmatan yang diperlukan hampir dapat dipenuhi keseluruhannya. Tetapi  S ↑.
·         Sekiranya agihan pendapatan tertumpu di golongan miskin, maka tambahan perbelanjaan yang wujud dalam ekonomi adalah besar.(C)
·         Ini kerana keperluan ke atas barang dan perkhidmatan yang diperlukan tidak dapat dipenuhi keseluruhannya. Tetapi  S .
7.      Kadar bunga(r)
·         Jika kadar bunga simpanan tinggi, maka penggunaan (C) jatuh, manakala tabungan (S) meningkat berikutan keghairahan orang ramai untuk menangguhkan penggunaan dan mengejar keuntungan daripada kadar bunga simpanan yang lebih tinggi.
8.      Kemudahan sewa beli dan kredit
·         Kemudahan sewa beli menggalakkan pengguna untuk membeli barang-barang tahan lama seperti kereta melalui pembayaran ansuran.
·         Kemudahan kredit akan mengalakkan perbelanjaan penggunaan semasa. (C↑)
·         Sebaliknya S↓.
9.      Dasar kerajaan (cukai pendapatan)
·         Cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan mempengaruhi Yd isi rumah. Apabila T↑ maka Yd ↓, maka C dan S akan . Begitu jg sebaliknya.
·         T ↑ Yd ↓  maka C ↓ dan S ↓
·         T ↓ Yd ↑  maka C ↑  dan S↑
Fungsi C dan     Fungsi S
·         Fungsi C ialah hubungan antara tingkat perbelanjaan penggunaan (C) dengan tingkat pendapatan boleh guna (Yd)
·         Fungsi S ialah hubungan antara tingkat tabungan (S) dengan tingkat pendapatan boleh guna (Yd)
 

Menerbitkan fungsi C dan S

Pendapatan Negara (Y)

Penggunaan (C)

Tabungan (S)

MPC

MPS

APC

APS

          0
400
-400
-
-
-
-
1000
1200
-200
     0.8
     0.2
    1.2
    -0.2
2000
2000
0
     0.8
     0.2
      1
      0
3000
2800
200
     0.8
     0.2
   0.93
   0.07
 
Pelaburan(I)
·         Pelaburan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma terhadap barang modal.
·         Jenis pelaburan
  1. Pembentukan modal fizikal tetap seperti mesin dan jentera
  2. Pertambahan dalam inventori / stok bahan mentah , barang separuh siap dan barang siap
  3. Pembinaan harta tetap seperti bangunan kilang, pejabat, dan rumah kediaman
Faktor- faktor yang mempengaruhi pelaburan
  1. Kadar bunga
  2. Kestabilan politik
  3. Kecekapan pelaburan sut (MEI)
  4. Perkembangan teknologi
  5. Kos pengeluaran
  6. Jangkaan ekonomi masa depan
  7. Dasar kerajaan
1.      Kadar bunga
·         Jika kadar bunga ↑maka kos pinjaman ↑, oleh itu I ↓.
·         Jika kadar bunga ↓maka kos pinjaman ↓, oleh itu I ↑.
2.      Kestabilan politik
·      Kestabilan politik, mengalakkan pelaburan krn menjamin pulangan pelaburan kpd pelabur. Maka pelaburan↑
·      Sebaliknya, ketidakstabilan politik, menyebabkan pelaburan↓.
3.      Kecekapan pelaburan sut (MEI)
·         Sekiranya, Kadar pulangan pelaburan > kadar bunga pinjaman maka pelaburan ↑.
·         Sebaliknya, Kadar pulangan pelaburan < kadar bunga pinjaman maka pelaburan ↓.
4.      Perkembangan teknologi
·         Penggunaan mesin dan komputer yang canggih meningkatkan kecekapan firma dan pekerja. Kadar pulangan pelaburan (MEI) bertambah.
·         Pelaburan ↑.
5.      Kos pengeluaran
·         Peningkatan kos pengeluaran menyebabkan MEI ↓ . Oleh itu, pelaburan ↓
·         Penurunan kos pengeluaran menyebabkan MEI ↑. Oleh itu, pelaburan ↑
6.      Jangkaan ekonomi masa depan
·         Jangkaan ekonomi masa hadapan yang menggalakkan menyebabkan MEI ↑ . Oleh itu pelaburan ↑
·         Jangkaan ekonomi masa hadapan yang tidak menggalakkan menyebabkan MEI ↓. Oleh itu pelaburan ↓
7.      Dasar kerajaan
·         Polisi cukai keuntungan syarikat: T↑ menyebabkan untung lepas cukai ↓ . Oleh itu pelaburan ↓.
·         Polisi pemberian taraf perintis: Pemberian taraf perintis menyebabkan keuntungan meningkat . Oleh itu pelaburan ↑.
Penentuan keseimbangan pendapatan Negara ekonomi 2 sektor
Mengikut pendekatan:
1.       Penawaran agregat – perbelanjaan agregat (AS – AE)
2.       Suntikan – Bocoran  (J – W)
Contoh :
Diberi komponen perbelanjaan agregat ialah,  C = 400 + 0.8Yd  dan   I = 100
 
    AS – AE
      Y = AE
      Y = C + I
Y = 400 + 0.8Yd + 100
      Y = 500 + 0.8 Yd
Y – 0.8Yd = 500
    0.2Yd = 500
         Yd = 500/0.2
         Yd = RM2500
   J – W
   I = S
       100 = -400 + 0.2Yd
            500 = 0.2Yd
Yd = 500/0.2
Yd = RM2500
Pengganda (M)
(pengganda pelaburan)
·         Pengganda ialah Ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (∆Y) kesan daripada perubahan perbelanjaan agregat (∆AE)
·         Pengganda pelaburan ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (∆Y) kesan drp perubahan pelaburan (∆I)
M =  1                        @          M =  ∆ Y
       MPS                                            ∆ I
             
Proses pengganda,
           M = 1/0.2
                = 5
Berdasarkan cth: Sekiranya firma menambahkan pelaburan sebanyak RM50. Hitung keseimbangan PN baharu
Y1 = Y0 + ∆YI    
Y1 = RM2500 + ( M x ∆I)
     = RM2500 + (5 x RM50)
     = RM2750
                
3
PENENTUAN KESEIMBANGAN PN EKONOMI 3 SEKTOR
·         Komponen PERBELANJAAN AGREGAT (AE) ialah perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G)
·         Maka AE = C + I + G
·         G ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan yg terdiri drp perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
Keseimbangan PN ekonomi 3 sektor (pendekatan AS-AE)
     AS = AE
       Y = AE
       Y = C + I + G
·         Komponen SUNTIKAN (J) ialah pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G)
·         Komponen BOCORAN (W) ialah tabungan (S) dan cukai (T)
1.      T  ialah Cukai langsung iaitu beban cukai tidak boleh dipindah kpd orang lain cth: cukai pendapatan individu
Keseimbangan PN ekonomi 3 sektor (pendekatan J-W)
              J = W
       I + G = S + T
Mengikut pendekatan:
1.       Penawaran agregat – perbelanjaan agregat (AS – AE)

2.       Suntikan – Bocoran  (J – W)
Contoh :
Diberi perbelanjaan agregat ialah,  C = 400 + 0.8Yd , I = 100 , G = 300 dan T = 100
    AS – AE
     Y = AE
     Y = C + I + G
    Y = 400 + 0.8(Y-100) + 100 + 300
    Y = 800 + 0.8Y – 80
    Y = 720 + 0.8Y
Y – 0.8Y = 720
      0.2Y = 720
           Y = 720/0.2
          Y = RM3600


            J – W
      I + G = S + T
 100 + 300 = -400+ 0.2(Y-100) +100
       400 = -300 + 0.2Y - 20 
       400 = -320 + 0.2Y
 0.2Y = 720
  Y = 720/0.2 
 Y = RM3600
i.      Pengganda kerajaan (MG)
ii.    Pengganda cukai (MT)
·         Pengganda kerajaan ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (∆Y) kesan drp perubahan perbelanjaan kerajaan (∆G)
MG =  1                        @          M =  ∆ Y
         MPS                                           ∆ G
·         Pengganda cukai ialah ukuran berapa kali ganda perubahan pendapatan negara (∆Y) kesan drp perubahan cukai (∆T)
MT =  -MPC                       
           MPS    
                                         
Proses pengganda,
           MG = 1/0.2                MT = - 0.8/0.2
                  = 5                             = -4
Berdasarkan cth: Sekiranya firma menambahkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM50 dan mengurangkan sebanyak cukai RM50. Hitung keseimbangan PN baharu.
Y1 = Y0 + ∆YG + ∆YT     
Y1 = RM3600 + ( M x ∆G) + (M x ∆T)
     = RM3600 + (5 x RM50) + (-4 x -RM50)
     = RM3600 + RM250 + RM200
     = RM4050
1.      Pendapatan Negara potensi (Yf)
2.      Pendapatan Negara sebenar (Ya)
·         Yf ialah Pendapatan negara yg sepatutnya dihasilkan oleh sesebuah negara apabila menggunakan sepenuhnya faktor2 pengeluaran
·         Dikenali jg sbg pendapatan negara guna tenaga penuh
·         Ya ialah Pendapatan negara yg sebenar dihasilkan oleh sesebuah negara dlm tempoh masa setahun
·         Perbezaan antara Yf dengan Ya dikenali sebagai Jurang KNK
·         Jurang KNK = PN potensi (Yf) – PN sebenar(Ya)
·         PN potensi > PN sebenar mewujudkan masalah deflasi
·         PN potensi < PN sebenar mewujudkan masalah inflasi
·         Masalah deflasi berlaku kerana wujudnya lompang deflasi (LD). Lompang deflasi ialah kurangan perbelanjaan agregat pd tingkat pendapatan GTP (AEa < AEf)
         
        LD = Jurang KNK
                 Pengganda
·         Masalah inflasi berlaku kerana wujudnya lompang inflasi (LI). Lompang inflasi ialah lebihan perbelanjaan agregat pd tingkat pendapatan GTP (AEa > AEf)
       LI  = Jurang KNK
                Pengganda
Mengatasi masalah deflasi
Diberi  C = 400 + 0.8Yd , I = 100 , G = 300 dan T = 100         (dlm RM juta)
a)                  Keseimbangan PN
                         AS – AE
                           Y = AE
                            Y = 400 + 0.8(Y-100) + 100 + 300
                           Y = 720 + 0.8 Yd
         Y – 0.8Yd = 720
                       Y = RM3600 juta
b)                 Sekiranya pendapatan Negara Potensi ialah RM4000 juta
(i)    Tentukan jurang KNK
Jurang KNK = Yf – Ya
                      = RM4000 – RM3600
                      = RM400 ju               (Yf > Ya maka masalah deflasi)
(ii)  Tentukan saiz Lompang
                Pengganda   = 1/MPS
                       =   1/0.2
                       = 5
Lompang deflasi = Jurang KNK/ pengganda
                              = RM400/ 5
                              = RM80 juta
(iii)      Apakah yg perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai GTP
Kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM80 juta utk mencapai GTP
@ kerajaan perlu mengurangkan cukai sebanyak RM100 juta untuk mencapai GTP
Pengganda cukai = - 0.8/0.8
                               = - 0.8/0.2
                               = - 4
Perubahan cukai = Jurang KNK / pengganda cukai
                               = RM400 / -4
                               = -RM100 juta
Mengatasi masalah inflasi
b) Sekiranya pendapatan Negara Potensi ialah RM3000 juta
(i) Tentukan jurang KNK
Jurang KNK = Yf – Ya
                      = RM3000 – RM3600
                      = - RM600 juta                      (Yf < Ya maka masalah inflasi)
(ii)Tentukan saiz Lompang
  Pengganda = 1/MPS
                       =   1/0.2
                       = 5
  Lompang inflasi = Jurang KNK/ pengganda
                               = -RM600/ 5
                               = -RM120 juta
(iii) Apakah yg perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai GTP
Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM120 juta utk mencapai GTP
@ kerajaan perlu meningkatkan cukai sebanyak RM150 juta untuk mencapai GTP
Pengganda cukai = - 0.8/0.8
                               = - 0.8/0.2
                               = - 4
Perubahan cukai = Jurang KNK / pengganda cukai
                               = -RM600 / -4
                               = RM150 juta
4
PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA (AD-AS)
·         Permintaan agregat (AD) ialah jumlah keluaran negara benar yang diminta oleh semua sektor ekonomi pada pelbagai tingkat harga umum.
·         Keluk AD bercerun negatif iaitu mencerun ke bawah dr kiri ke kanan
·         menunjukkan hubungan songsang antara tingkat harga umum dengan keluaran negara benar dengan andaian ceteris peribus
·         Faktor2 yg mempengaruhi AD
1.      Perubahan AE iaitu C, I, G, X-M
2.      Perubahan Cukai (T)
3.      Perubahan bekalan wang (MS)
·         Penawaran agregat (AS) ialah jumlah keluaran negara benar yang di tawarkan oleh semua firma pada pelbagai tingkat harga umum.
·         Keluk AS  bercerun positif iaitu mencerun ke atas dari kiri ke kanan
·         menunjukkan hubungan langsung antara tingkat harga umum dengan keluaran negara benar dengan andaian ceteris peribus
·         Faktor2 yg mempengaruhi AS
  1. Perubahan harga input
  2. Perubahan kos buruh
  3. Perubahan tingkat teknologi
  4. Perubahan cukai input
  5. Perubahan kos pengeluaran
Keseimbangan pendapatan negara (AD-AS)
 
Keseimbangan PN tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan PN iaitu P dan Y.
Pada P1, AD > AS sebesar Y1Y2. Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk naik. Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.
Pada P2, AS > AD sebesar Y1Y2. Lebihan AS menyebabkan harga umum cenderung untuk turun. Penurunan harga umum menyebabkan AS berkurang manakala AD meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E.
Keseimbangan PN (AD-AS)
-          - Perubahan AD
-          - cth Peningkatan penggunaan
 
Keseimbangan PN asal tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan PN iaitu P dan Y.
Peningkatan penggunaan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat. Maka keluk AD beralih ke kanan dr AD kpd AD1.
Pada P, AD1 > AS sebesar YY2. Lebihan AD menyebabkan harga umum cenderung untuk naik. Peningkatan harga umum menyebabkan AD berkurang manakala AS meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Oleh itu, Keseimbangan PN baru tercapai pd titik E1 apabila keluk AS = AD1 pd tingkat harga umum dan PN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum dan PN naik dr P kpd P1 dan Y kpd Y1
Keseimbangan PN (AD-AS)
-          - Perubahan AS
- cth pengurangan kos pengeluaran
 
 Keseimbangan PN asal tercapai pd titik E apabila keluk AS = AD pada tingkat harga umum dan PN iaitu P dan Y.
Pengurangan kos pengeluaran menyebabkan firma meningkatkan pengeluaran. Maka keluk AS beralih ke kanan dr AS kpd AS1.
Pada P, AS1 > AD sebesar YY2. Lebihan AS menyebabkan harga umum cenderung untuk turun. Penurunan harga umum menyebabkan AS berkurang manakala AD meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan pada titik E1.
Oleh itu, Keseimbangan PN baru tercapai pd titik E1 apabila keluk AS1 = AD pd tingkat harga umum dan PN iaitu P1 dan Y1.
Kesan, harga umum turun dr P kpd P1 dan PN naik dr Y kpd Y1

No comments:

Post a Comment