Sunday, October 21, 2018

Pemilihan Saiz Loji



-  Dalam jangka panjang semua input adalah input berubah (kos berubah).
- Oleh itu, Firma boleh mengubahkan skil pengeluarannya, menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
-  Satu prinsip yang penting bagi firma ialah, cuba mengeluarkan output pada kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap tingkat keluaran
-   Jangka panjang juga dikenali sebagai jangka masa perancangan.

-  Diandaikan firma memiliki tiga saiz loji iaitu SAC, SAC1 dan SAC2
-  Output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada kos purata iaitu aQ pada titik a.
-   Qutput Q1, firma boleh memilih loji sama ada SAC atau SAC1. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.
-  Output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1 pada kos purata iaitu dQ2 pada titik d.
-  Output Q3, firma boleh memilih loji sama ada SAC1 atau SAC2 kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg menyebabkan kos purata akan meningkat.
-  Output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2 pada kos purata iaitu fQ4 pada titik f.
- Firma akan memilih saiz loji pada kos purata yang paling rendah

No comments:

Post a Comment