Sunday, October 21, 2018

Koleksi Soalan PSPM 2

Bil           Sesi                          Soalan                     
                                                                                        
1.         2009/2010                  Download
                                                                     
2.         2010/2011                  Download
                                                                  
3.         2011/2012                  Download
                                           
4.         2012/2013                  Download
                                                                     
5.         2013/2014                  Download
                                                                  
6.         2014/2015                  Download

7.         2005/2016                  Download
                                                                     
8.         2016/2017                  Download

Ekonomi 2 : Bab 6 : Belanjawan, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan

1.      BELANJAWAN

Satu penyata rancangan tentang anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan bagi suatu tahun tertentu.
1.1  Konsep Belanjawan
            1. Belanjawan lebihan
-  Jumlah Hasil lebih drp Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T > G )
3.      Belanjawan kurangan (defisit)
-  Jumlah Hasil kurang drp Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T < G )
3.      Belanjawan terimbang
                 - Jumlah Hasil sama dengan Jumlah Perbelanjaan bagi satu tahun fiskal ( T = G )
1.2  Sumber hasil kerajaan persekutuan Malaysia
1.      Hasil cukai
i.      Cukai langsung
-     Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
-     Cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat, cukai tanah dll.
ii.     Cukai tak langsung
-      Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain
-      Duti eksport, duti import, cukai jualan,  cukai barang dan perkhidmatan dll
2.      Hasil bukan cukai
-     Lesen dan permit, cukai jalan, denda dan rampasan, royalti gas dan petroleum

1.3  Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia
1.      Perbelanjaan mengurus
-     Perbelanjaan semasa kerajaan untuk membiayai kegiatan pentadbiran dan pengurusan.
-     Emolumen, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran (bayaran persaraan)
2.      Perbelanjaan pembangunan
- Perbelanjaan modal terhadap projek-projek pembangunan utk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
-      Perbelanjaan pembangunan sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.
1.4  Sumber hutang Negara

-       Merujuk kpd pinjaman kerajaan persekutuan daripada sumber di dalam dan di luar Negara
1.      Hutang dalam Negara
-    Sekuriti kerajaan, sijil pelaburan, bil perbendaharaan, pinjaman lain
2.      Hutang luar negara
- Pinjaman pasaran, pinjaman projek, kredit pembekal, pinjaman sindiket, tabung kewangan antarabangsa (IMF)

1.5  Kebaikan dan keburukan hutang Negara
Kebaikan hutang dalam Negara
Keburukan hutang dalam negara
1.    Mudah diperolehi
2.  Tidak melibatkan bocoran wang keluar negara
3.   Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
1. Mengurangkan keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan.
2.   Memburukkan pengagihan pendapatan negara
3.      Sumber pinjaman adalah terhad.
Kebaikan hutang luar Negara
Keburukan hutang luar negara
1.    Sumber pinjaman lebih luas
2.    Pengaliran modal dari luar negara dapat membaiki imbangan pembayaran
3. Tidak menjejaskan penciptaan kredit bank perdagangan tempatan
1. Menyebabkan aliran wang keluar negara.
2. Hutang negara dipengaruhi oleh kadar pertukaran asing
3.   Kadar faedah yg dikenakan lebih tinggi

3.      DASAR FISKAL

-     Dasar yg dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan (G) dan mengubah cukai (T)
2.1  Dua jenis dasar fiscal
1.      Penstabil automatik
i.        Cukai progresif dan cukai berkadar
ii.      Skim insurans pengangguran
iii.    Dasar harga minimum
2.      Budi bicara
i.        Perubahan perbelanjaan kerajaan sahaja
ii.      Perubahan cukai lump-sum sahaja
iii.    Perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai lump-sum serentak
2.2  Dasar fiskal

1.      Mengurangkan Inflasi Tarikan Permintaan
-          dasar fiskal menguncup (G↓, T↑)
-      apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal menguncup menyebabkan AE↓ dan AD ↓.
-   Pengurangan AD menyebabkan tingkat harga umum ↓ dan akhirnya dpt mengatasi masalah inflasi tarikan permintaan.
Penerangan menggunakan rajah AD – AS
Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.
Apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal menguncup menyebabkan AE dan AD berkurang . Oleh itu keluk AD beralih ke kiri dr AD ke AD1.
Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.
Kesan, Kejatuhan harga umum dr P kepada P1 menunjukkan masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
2.      Mengurangkan Pengangguran Kitaran
-       dasar fiskal mengembang (G↑, T↓)
-     apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang menyebabkan AE↑ dan AD ↑.
-   Pertambahan AD menyebabkan keluaran Negara benar ↑ dan akhirnya dpt mengatasi masalah pengangguran kitaran.
Penerangan menggunakan rajah AD – AS

Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.
Apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang menyebabkan AE dan AD meningkat . Oleh itu keluk AD beralih ke kanan dr AD ke AD1.
Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.
Kesan, peningkatan keluaran Negara dr Y kepada Y1 menunjukkan masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.

4.      DASAR KEWANGAN

-     Dasar yg dilaksanakan oleh kerajaan melalui bank pusat untuk mengubah penawaran wang (MS) dan mengubah kadar bunga (r)
3.1  Alat dasar kewangan
1.      Dasar kewangan kuantitatif
i.      Operasi pasaran terbuka
ii.    Kadar diskaun/ kadar bank
iii.  Nisbah rizab berkanun (wajib) dan nisbah rizab tunai minimum
iv.  Pendanaan semula (funding)
2.      Dasar kewangan kualitatif
i.      Kawalan kredit terpilih
ii.    Pujukan moral

3.2  Dasar kewangan
1.      Mengurangkan inflasi tarikan permintaan
-     dasar kewangan menguncup (Ms↓, r↑)
-     apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan menguncup menyebabkan AD ↓.
-     Pengurangan AD menyebabkan tingkat harga umum ↓ dan akhirnya dpt mengatasi masalah inflasi tarikan permintaan.
Penerangan menggunakan rajah AD – AS

Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.
Apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan menguncup menyebabkan AD berkurang . Oleh itu keluk AD beralih ke kiri dr AD ke AD1.
Oleh itu, Keseimbangan Keluaran negara baru tercapai pada titik E1 apabila keluk AD1 = AS pada harga umum dan Keluaran Negara iaitu P1 dan Y1.
Kesan, Kejatuhan harga umum dr P kepada P1 menunjukkan masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

2.      Mengurangkan pengangguran kitaran
-      dasar kewangan mengembang (MS↑, r↓)
-       apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengembang menyebabkan AD↑.
-       Pertambahan AD menyebabkan keluaran Negara benar ↑ dan akhirnya dpt mengatasi masalah pengangguran kitaran.
Penerangan menggunakan rajah AD – AS

Keseimbangan Keluaran negara asal tercapai pada titik E apabila keluk AD = AS pada harga umum dan Keluaran negara iaitu P dan Y.
Apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengembang menyebabkan AD meningkat . Oleh itu keluk AD beralih ke kanan dr AD ke AD1.